Perolehan (PCT)
Sumber rujukan berkaitan Tatacara dan Kaedah Perolehan.
Fungsi Unit PCT
Menyelaras dan mengurus semua bentuk Perolehan di MPC.
Menyelaras Perolehan melalui Perolehan Terus, Sebut Harga A, B, eGPA dan Tender di MPC.
Memproses RO dan LPO.Pengurusan kontrak dan Bon Pembekal.
Proses Invois.
Pengurusan Maklumat dan Penilaian Pembekal.
Menyediakan Laporan Bulanan kepada Stakeholder MITI, MOF dan Pengurusan MPC termasuk BOD.
Urusetia Mesyuarat Bulanan JKTP MPC dan MTPK (MITI).
Ahli Mesyuarat JPKA, JKA, JPICT, JKPAJ, JPP, PPKK, JPPS.
Pengurusan kontrak dan Bon Pembekal.
Menguruskan Perkhidmatan Sajian MPC.
Prinsip dan Sumber Rujukan
Semua urusan Perolehan yang dijalankan adalah berdasarkan amalan baik tadbir urus (Good Governance Practices).
Akauntabiliti Awam
Urusan yang berkaitan dengan perolehan dilaksanakan secara bertanggungjawab denga mengikut dasar dan peraturan yang ditetapkan.
Diuruskan Secara Telus
Semua dasar, peraturan dan proses yang dilaksanakan jelas, diketahui dan difahami umum serta mengikut dasar dan peraturan yang ditetapkan.
Nilai Faedah Terbaik
Pengurusan perolehan hendaklah memberikan pulangan yang terbaik bagi setiap ringgit yang dibelanjakan.
Saingan Terbuka
Perolehan hendaklah memberi peluang terbuka kepada semua pihak yang layak bersaing.
Adil & Saksama
Sesuatu perolehan itu dipelawa, diproses dan dipertimbangkan dengan adil dan saksama berasaskan dasar dan peraturan yang ditetapkan.