Kewangan & Aset (FIN)
Memberi perkhidmatan dalam bidang pengurusan kewangan dan akaun yang cekap dan berkesan secara berterusan selaras dengan objektif MPC serta menepati kehendak pelanggan.
Perkhidmatan & Fungsi
Unit FIN menawarkan pelbagai perkhidmatan berkaitan kewangan dan aset.
PERAKAUNAN
- Mengemaskini prosedur perakaunan & kewangan MPC sejajar dengan polisi perakaunan dan Pekeliling Perbendaharaan yang berkaitan.
- Mengeluarkan laporan Penyata Kewangan setiap bulan, suku tahun dan tahunan.
- Menyelenggara laporan Penyata Kewangan Tahunan bagi tujuan pengauditan Jabatan Audit Negara ( tarikh akhir 30 April setiap tahun).
- Menyelenggara laporan perbelanjaan & pendapatan dan akaun-akaun Balance Sheet.
- Mengawal dan menyelia sistem perakaunan SAGA
- Menyelenggara peruntukan hutang ragu, hapus kira hutang dan kehilangan wang awam.
- Menyelenggara pemeriksaan mengejut ibu pejabat & pejabat-pejabat Wilayah.
- Menyelenggara laporan pembelian, pelupusan dan peruntukan susut nilai Aset.
- Menyelenggara urusan penurunan kuasa bagi kakitangan Unit Kewangan ibu pejabat & pejabat-pejabat Wilayah.
- Memberi khidmat nasihat berkaitan dengan sistem perakaunan MPC.
- Membuat naziran ke atas sistem perakaunan pejabat-pejabat Wilayah.
PEMBAYARAN
- Membuat pembayaran bagi perbelanjaan Mengurus, Pembangunan, Usahasama, Konvensyen, dll.
- Menyediakan laporan perbelanjaan Pembangunan, Mengurus, Konvensyen, Usahasama, Aset dll.
- Menyelenggara laporan Buku Tunai Mengurus, Pembangunan dan membuat Penyesuaian bank setiap bulan.
- Menyelenggara laporan Pemiutang dan membuat penyesuaian dengan Penyata Pemiutang.
- Menyelenggara laporan Prestasi Pembayaran Bil dua (2) kali.
- Menyemak, memproses & menyelenggara laporan pembayaran tuntutan perjalanan, tuntutan pelbagai & pendahuluan kakitangan MPC.
- Menyelenggara Panjar Wang Runcit & rekupan Pejabat-pejabat Wilayah.
- Memberi khidmat nasihat berkaitan dengan sistem pembayaran MPC.
- Membuat naziran ke atas sistem pembayaran pejabat-pejabat Wilayah.
BELANJAWAN
- Permohonan Bajet Mengurus MPC untuk kelulusan Lembaga Pengarah, MITI dan Kementerian Kewangan (MOF) – melibatkan laporan ABM7 sahaja.
- Penyediaan laporan Bajet Tahunan Mengurus (laporan ABM7) dengan mengadakan mesyuarat bersama-sama Bahagian dan pejabat Wilayah MPC.
- Permohonan untuk penyaluran Geran Mengurus dan Pembangunan kepada MITI dan MOF.
- Menyelenggara laporan prestasi Mengurus dan Pembangunan serta Unjuran Aliran Tunai.
- Memantau laporan vot perbelanjaan Mengurus dan Pembangunan.
- Permohonan Tambahan Bajet Mengurus ( sekiranya ada ) untuk kelulusan Lembaga Pengarah MPC.
- Memproses permohonan pembelian.
- Memproses permohonan secara on-line untuk kelulusan Lembaga Pengurusan MPC (BOM).
HASIL
- Memproses urusan pengeluaran bil hasil.
- Memproses terimaan hasil, pengeluaran resit dan mengakaunkan dalam akaun MPC.
- Mengeluarkan laporan hasil& terimaan hasil, Akaun Belum Terima, Penyata Penghutang dan surat peringatan kepada penghutang.
- Berhubung dengan bank dan pembekal bagi kutipan hasil.
ASET
- Proses pembelian aset
- Proses pelupusan aset
SIMPANAN TETAP
- Menyediakan permohonan simpanan tetap untuk kelulusan Lembaga Pengurusan MPC.
- Berhubung dengan bank / institusi kewangan bagi kadar simpanan tetap.
- Menyelenggara simpanan, pengeluaran dan penyambungan simpanan tetap.
pINJAMAN KENDERAAN & KOMPUTER
- Memproses permohonan pinjaman kenderaan dan computer.
- Membuat potongan pembayaran gaji setiap bulan.
- Menyelenggara laporan pinjaman kenderaan & komputer.