Memberi perkhidmatan dalam bidang pengurusan kewangan dan akaun yang cekap dan berkesan secara berterusan selaras dengan objektif MPC serta menepati kehendak pelanggan.
Ketua Pengarah dan pegawai-pegawai yang diwakilkan kuasa adalah bertanggungjawab bagi melaksanakan dengan sepenuhnya kewajipan kewangan Perbadanan, membayar, menerima, memungut dan menyimpan dengan selamatnya segala wang Perbadanan dan juga bertanggungjawab bagi apa-apa yang tidak betul dalam akaun yang dikemukakan atau di bawah kuasa mereka.
Sebarang perwakilan kewajaipan ini kepada pegawai lain hendaklah dibuat dengan arahan bertulis. Bagaimanapun seorang Ketua Pengarah secara amnya tidak terlepas dari tanggungjawabnya sendiri setelah perwakilan dibuat.
Ketua Akauntan Perbadanan adalah bertanggungjawab kepada Ketua Pengarah untuk perkara- perkara berikut:
5.2.1 Mengurus sistem dan acara perakaunan yang sepatutnya termasuk kawalan, peraturan keselamatan kewangan dan pemeriksaan dalaman untuk dijaga selamat dari kehilangan wang tunai dan barang-barang disebabkan oleh salah aturan kecuaian, kecurian atau penipuan;
5.2.2 Penyenggaraan dengan tepat buku dan dokumen asas untuk penyediaan Penyata Kewangan yang perlu bagi setiap tahun kewangan;
5.2.3 Pembayaran emolumen kepada Pegawai Perbadanan adalah tertakluk kepada kadar dan pemberian haknya yang diberitahu oleh Unit Pengurusan Sumber Manusia dan berdasarkan kepada Pekeliling yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa;
5.2.4 Membuat pembayaran yang diluluskan yang disokong dengan dokumen yang lengkap dan mengakaunkan semua bayaran tersebut;
5.2.5 Mengeluar resit rasmi serta mengakaunkan semua kutipan wang Perbadanan, menyelenggara rekod mengenai wang yang kena dibayar kepada Perbadanan, penyampaian tuntutan atau bil kepada semua penghutang dan menyusulinya sehingga selesai dijelaskan;
5.2.6 Menyediakan laporan untuk makluman pihak Lembaga dan Lembaga Pengurusan;
5.2.7 Menyediakan Penyata Kewangan Tahunan dan mengemukakan Juruaudit tidak lewat dari 30 April;
5.2.8 Membuat pemeriksaan mengejut sekurang-kurangnya setahun sekali ke atas terimaan wang dan buku akaun termasuk rekod perakaunan di Pejabat Wilayah.
Tanggungjawab Pengarah Wilayah sebagai Pegawai Perakaunan adalah tertakluk kepada Prosedur Perakaunan dan Kewangan dan kecuali para 5.2.7.
Dalam menyelenggarakan sesuatu sistem perakaunan sama ada secara manual atau berkomputer, perkara-perkara berikut hendaklah diberi perhatian:
5.4.1 Pengkelasan akaun pendapatan dan perbelanjaan mesti mengikut bajet yang diluluskan bagi tahun membanding prestasi dengan belanjawan;
5.4.2 Tiap-tiap catitan dalam buku akaun hendaklah disokong dengan resit, baucar dan jurnal yang lengkap dibenarkan dengan sepatutnya dan dikawal;
5.4.3 Tiada apa-apa pemindaan atau pemadaman yang boleh dibuat dalam keadaan apa sekalipun terhadap buku tunai, baucar atau dokumen akaun yang lain. Jika apa-apa pembetulan diperlukan, angka asal hendaklah digaris dengan satu garisan sahaja untuk menunjukkan dengan terang apakah angka yang dicatitkan pada angka asal, pembetulan ditandatangani ringkas oleh pegawai yang diberi kuasa. Sesuatu baucar pembayaran yang tidak menepati peraturan ini hendaklah ditolak;
5.4.4 Selain daripada buku akaun utama yang terdapat di sistem perakaunan berkomputer rekod- rekod kecil/memorandum sebagaimana yang perlu hendaklah juga disenggarakan;
5.4.5 Catatan dalam Buku Tunai dan lain-lain buku akaun utama hendaklah dibuat mengikut susunan urusan berlaku. Kemasukan buku-buku ini hendaklah jangan dilengahkan;
5.4.6 Buku tunai hendaklah disemak dengan Penyata Bank dan penyata penyesuaian hendaklah disediakan. Penyata penyesuaian hendaklah disemak dan ditandatangani oleh pegawai yang diberi kuasa. Perkara-perkara yang belum selesai di dalam penyata penyesuaian hendaklah diperiksa semula dan tindakan sepatutnya diambil.
Answer. Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Curabitur id suscipit ex. Suspendisse rhoncus laoreet purus quis elementum. Phasellus sed efficitur dolor, et ultricies sapien. Quisque fringilla sit amet dolor commodo efficitur. Aliquam et sem odio. In ullamcorper nisi nunc, et molestie ipsum iaculis sit amet.
Dengan menyelenggara “akaun-akaun yang betul” Perbadanan hendaklah mengikut prinsip-prinsip perakaunan yang diterima umum mengikut definisi di dalam Pekeliling yang berkuatkuasa.
This site was created with the Nicepage