Perolehan (PCT)

Sumber rujukan berkaitan Tatacara dan Kaedah Perolehan.

Borang Permohonan Perolehan (RO)
1. Mengapakah kajian pasaran perlu dibuat untuk sesuatu perolehan?
  • Kajian pasaran perlu dibuat selaras dengan Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 12/2007 (Had Nilai dan Syarat-syarat Pembelian Terus Bagi Bekalan Dan Perkhidmatan). Ini bertujuan memastikan Kerajaan memperoleh bekalan dan perkhidmatan yang menguntungkan pihak kerajaan dan tidak tertumpu kepada pembekal tertentu sahaja.
2. Bagaimana caranya saya hendak batalkan RO dan LO?
  • Semua pembatalan RO ataupun LO perlulah melalui email. Pemberitahuan melalui telefon tidak diterima. Ini bagi mengelak daripada berlaku ‘miscommunication’ dan butiran melalui email boleh dijadikan rujukan jika ada enquiry dari pihak Audit.
3. Apakah prosedur perolehan untuk penginapan hotel?
  • Sebutharga hotel yang dilampirkan hendaklah sesuai atau di dalam kelayakan pegawai dan mencukupi hanya satu sebut harga sahaja (Rujuk Kelayakan Penginapan Bertugas di Dalam Negeri WP 1.4/2013).
  • Sekiranya harga lebih mahal daripada kelayakan, pegawai perlu memohon kelulusan memo daripada Ketua Pengarah MPC
4. RO saya di enquiry kerana harga kos di dalam RO tersebut lebih daripada anggaran bajet di dalam kertas BOM, boleh jelaskan kenapa?
  • Untuk makluman, perbelanjaan tidak boleh melebihi daripada anggaran bajet yang telah diluluskan oleh pengurusan.
  • Sebagai contoh di dalam kertas BOM diletakkan anggaran RM 400/pax untuk item pakej bengkel. Walaubagaimanapun sebutharga yang diberikan melebihi daripada harga yang diluluskan. Oleh itu, sebutharga yang diberikan semasa mengisi RO perlulah tidak melebihi anggaran RM 400/pax yang diluluskan.
  • Walau bagaimanapun, program di atas (melebihi RM 400/pax) boleh teruskan dengan memberi emel penjelasan kepada PCT untuk perkara berikut:
  • i. Lebihan tersebut tidak akan melebihi jumlah keseluruhan bajet yang diluluskan oleh BOM
  • ii. Jelaskan bagaimana lebihan tersebut boleh ditampung contoh pengurangan siri bengkel, pengurangan bil pax ataupun lebihan diambil daripada item lain yang masih mempunyai baki
  • Perancangan projek sangat penting bagi memastikan perbelanjaan program dikawal dan tidak melebihi daripada bajet yang dirancang
5. Bolehkah butiran di dalam RO tidak sama dengan sebutharga yang diberikan?
  • Butiran perkhidmatan dan harga di dalam sebutharga mestilah sama dengan maklumat di dalam RO.
  • Pembekal dikehendaki memastikan amaun invois hendaklah sama dengan amaun LO dan jika terdapat perbezaan, pembekal dikehendaki melampirkan Nota Kredit (Jika amaun kurang dari LO atau Nota Debit (Jika amaun lebih dari LO)
  • Walaubagaimanapun jika terdapat pindaan tarikh perkhidmatan, maka tidak perlu RO tersebut dibatalkan, memadai memaklumkan melalui emel atau membuat perubahan pada borang RO tersebut dengan tandatangan ringkas.
6. Projek/Program saya masih mempunyai baki yang telah diluluskan. Walaubagaimanapun saya hendak menggunakan lebihan baki untuk keperluan projek yang sama. Tetapi item tersebut tidak dinyatakan semasa permohonan BOM. Apa yang perlu dilakukan?
  • Pengurusan projek sangat menekankan perancangan yang teliti supaya perancangan yang teliti supaya pelaksanaan projek berjalan dengan lancar.
  • Walau bagaimanapun jika berlakunya situasi diluar jangkaan, PIC perlu maklumkan melalui emel bagi kepada PCT (jika tidak melebihi keseluruhan bajet yang diluluskan) contohnya tambahan siri bengkel atau lain-lain item yang dinyatakan di dalam BOM.
  • Walaubagaimanapun jika lebihan baki digunakan untuk perkara-perkara/item kos yang tidak dinyatakan di dalam BOM contohnya penganjuran makan malam yang tidak dinyatakan di dalam kelulusan BOM. Pemohon mestilah mendapatkan memo kelulusan daripada Ketua Pengarah MPC (Isu ini dibincangkan semasa mesyuarat JPKA MITI Bil 3/2018)
  • Proses ini perlu dilakukan kerana terdapat teguran pihak dari Jabatan Audit Negara (JAN) termasuk Audit Dalaman MITI berkaitan perubahan/ pertambahan perbelanjaan yang tidak mendapat kelulusan pengurusan.
7. Program saya telah mendapat kelulusan BOM, walaubagaimanapun bajet yang diluluskan tidak mencukupi, perlukah saya mohon tambahan bajet?
  • Jika situasi ini memerlukan bajet tambahan untuk projek yang sama, PIC perlu memohon bajet tambahan melalui kertas BOM yang baharu (rujuk BOM yang sebelum)

Perkhidmatan Percetakan

1. Jabatan saya menjalankan banyak program dan aktiviti yang memerlukan percetakan risalah, poster, banner dan sebagainya. Setiap kali dicetak risalah, poster dan banner kosnya tidak melebihi RM20,000 untuk satu program atau aktiviti tetapi jumlah keseluruhan tahunan melebihi RM200,000. Apakah kaedah perolehan percetakan yang betul dan adakah berlaku pecah kecil jika dilakukan secara pembelian terus. (SPP 3/2012) ?
  • Bagi perkhidmatan percetakan, kaedah perolehan hendaklah ditetapkan berdasarkan jumlah nilai percetakan Bagi jumlah nilai percetakan tidak melebihi RM20,000, percetakan boleh diperolehi secara pembelian terus daripada mana-mana syarikat percetakan Bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan.
  • Jika jumlah nilai perolehan melebihi RM20,000 tetapi tidak melebihi RM500,000, perolehan hendaklah dilaksanakan secara sebut harga A atau B dan bagi nilai perolehan yang melebihi RM500,000 hendaklah dilaksanakan secara tender.
  • Bagi perolehan percetakan yang berdasarkan program, aktiviti atau acara tertentu di mana bahan-bahan, reka bentuk dan saiz risalah, poster dan banner adalah berlainan dan dari itu setiap perolehan dianggap sebagai perolehan berasingan. Jika nilai perolehan percetakan setiap program, aktiviti atau acara tersebut adalah di bawah RM20,000, maka kaedah pembelian terus boleh digunakan dan ianya tidak dianggap sebagai pecah kecil.
  • Walau bagaimanapun, bagi percetakan seperti buku-buku am atau borang-borang am/standard yang boleh dirancang percetakannya (dicetak setiap tahun), kaedah perolehan hendaklah ditetapkan berdasarkan nilai keseluruhan.